Telefilem Holiday Aji Tom Di Awesome TV

Telefilem Holiday Aji Tom Di Awesome TV

Telefilem Holiday Aji Tom Di Awesome TV

Bagi yang merindui gelagat ahli keluarga Aji Tom, boleh saksikan semula telefilem HOLIDAY AJI TOM yang terbaru akan bersiaran pada hari Raya Keenam, 7 Mei 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 pagi di saluran Awesome TV (Astro 123 dan Myfreeview 112). Dapatkan pelbagai kandungan di awesometv.my

Tayangan : Awesome TV
Tarikh : Hari Raya Keenam (7 Mei 2022 - Sabtu)
Waktu : 10.00 Pagi
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi : Tsar Asia Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem komedi kekeluargaan ini ialah Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Safwan Nazri, Bunga Isme, Syuhaida Abraz, Tengku Zara dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Jalil Hamid sebagai Aji Tom
  • Syafiq Kyle sebagai Jamil
  • Safwan Nazri sebagai Safuan
  • Bunga sebagai Sofia

OST Drama

Tajuk Lagu : Mereng
Penyanyi : Bunga

Sinopsis Telefilem Holiday Aji Tom

Aji Tom adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai hubungan renggang dengan tiga orang anaknya iaitu Jamil, Safuan dan Sofia disebabkan perwatakannya yang terlalu garang dan tegas.

Namun, jauh di sudut hatinya, dia teringin untuk berkumpul sebagai keluarga bahagia semula seperti semasa isterinya masih hidup.

Aji Tom mendapat idea untuk mengadakan sebuah percutian dengan harapan keluarganya akan menjadi lebih rapat dan saling menyayangi.

Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Percutian itu bertukar menjadi huru-hara apabila pelbagai insiden lucu tak diingini berlaku dan konflik yang dihadapi oleh setiap seorang anak-anak Aji Tom.

Jamil cuba untuk membuatkan ayahnya, Aji Tom suka dengan isterinya yang bukan lah menantu pilihan.

Safuan pula asyik membodek Aji Tom supaya meminjamkan duit kepadanya untuk modal berniaga.

Sementara Sofia pula sibuk dengan dunia “instafamous” dan cinta baharunya yang hanya membuatkan Aji Tom merasakan percutian itu adalah satu kegagalan. Agaknya apa kesudahannya nanti?

Telefilem Holiday Aji Tom Di Awesome TV

Telefilem Holiday Aji Tom Di Awesome TV

Post a Comment

0 Comments