Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem komedi berjudul Geng Van Jenazah yang akan ditayangkan semula sejak pertama kali dimainkan di TV3 pada tahun 2019.

Sebuah telefilem yang menampilkan gandingan pelakon seperti Tomok dan Issey Fazlisham sebagai antara teraju utama sepanjang penceritaan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah

Telefilem Geng Van Jenazah mengisahkan tentang Husin iaitu seorang pemandu van jenazah yang bersahabat baik dengan Mail.

Suatu hari Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam yang meninggal dunia akibat makan durian. Husin dan Mail dikehendaki menghantar jenazah Pak Tam ke kampung asalnya.

Dalam perjalanan menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain.

Kerana kesuntukan masa Sharifah dibawa bersama, dan mereka menggunakan jalan pintas. Macam-macam hal dan kejadian berlaku.

Barisan Pelakon

Telefilem Geng Van Jenazah menampilkan barisan pelakon seperti Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Aepul Roza, Azhan Rani, Wan Sharmila, Reen Rahim, Che Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tomok sebagai Husin
  • Issey Fazlisham sebagai Mail
  • Azhan Rani sebagai Pak Tam
  • Elisya Sandha sebagai Zunirah
  • Reen Rahim sebagai Ros Ayu
  • Razali Abdul Ghani sebagai Ustaz Shuib
  • Che Mat RL sebagai Saari Cangkol
  • Aleza Shadan sebagai Mak Uda
  • Wan Sharmila sebagai Kak Zah

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Jamal Khan, penulisan skrip daripada Mejar Zainal Hayat bersama Zamri Mahmud dan diterbitkan oleh produksi Cinema Stage Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem GENG VAN JENAZAH yang akan bersiaran semula pada 23 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau strim secara online di www.tonton.com.my

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 23 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Mejar Zainal Hayat & Zamri Mahmud
Produksi : Cinema Stage Production Sdn. Bhd.

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Post a Comment

0 Comments