Telefilem Busker Bercinta Di TV2

Telefilem Busker Bercinta Di TV2

Telefilem Busker Bercinta Di TV2

Saksikan telefilem BUSKER BERCINTA yang diulang siar bagi tontonan ramai pada 17 Mei 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan tontonan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 17 Mei 2022 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Ali Sobree Mustafa
Pengarah : AR Badul A.M.N
Penulis Skrip : Armaya Aman Ramlie
Produksi : Teguh Setanding Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Mat Dan, Annie Ariffin, Qazem Nor, Amir Raja Lawak, Kenji Sawahi Ali Sobri, Munir, Enot, Mak Wan, Wan Gegau dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Mat Dan sebagai Rejab Hasnol
  • Annie Ariffin sebagai Teg Norimah
  • Amir Raja Lawak sebagai Odong
  • Kenji Sawahi sebagai DG
  • Qazim Nor sebagai Fendi

Sinopsis Telefilem Busker Bercinta

Telefilem Busker Bercinta mengisahkan tentang Rejab yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan baru selepas kecewa kerana di tuduh mencuri ayam dan mengintai anak dara orang semasa di kampung.

Dalam kejadian tersebut, dia telah disimbah dengan air cili yang menyebabkan penglihatannya kabur dan orang yang tidak mengenalinya menyangka dia buta.

Semasa di ibu kota, Rejab yang dianggap buta telah menyertai Kumpulan Buskers. Walaupun sudah terkenal, Rejab tidak gembira kerana merasakan kejayaan yang diterimanya melalui cara yang salah.

Post a Comment

0 Comments