Drama Bisik-Bisik Gelora Di TV3 (Akasia)

Drama Bisik-Bisik Gelora Di TV3 (Akasia)

Drama Bisik-Bisik Gelora Di TV3 (Akasia)

Terbaru! Saksikan drama BISIK-BISIK GELORA yang akan mula bersiaran pada 21 Mei 2022, setiap hari Isnin hingga Ahad (Setiap Hari) pada pukul 7.00 Malam di slot Akasia TV3 dan tontonan secara online di www.hotstar.com/my

Drama siri ini merupakan adaptasi novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari yang mana ianya menggantikan tayangan drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 21 Mei 2022 (Isnin-Ahad)
Waktu : 7.00 Malam
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dan membintangi drama ini ialah Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Damia Qaissarah dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
  • Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
  • Gambit Saifullah sebagai Fakhri
  • Hafidz Roshdi sebagai Wari
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
  • Afifah Nasir sebagai Nada
  • Kodi Rasheed sebagai Yahya
  • Shakilla Khoriri sebagai Juni

Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora

Drama Bisik-Bisik Geloran mengisahkan tentang Jad iaitu seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda.

Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan kemudian dipenjarakan.

Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam.

Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Drama Bisik-Bisik Gelora Di TV3 (Akasia)

Drama Bisik-Bisik Gelora Di TV3 (Akasia)

Drama Bisik-Bisik Gelora Di TV3 (Akasia)

Post a Comment

0 Comments