Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji (TV9)

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji (TV9)

Malam jumaat anda akan disajikan semula dengan sebuah telefilem romantik komedi berjudul 'Tanam Apa Tu Bang Aji' iaitu pada 15 Disember ini.

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Kazar Saisi, Rosnah Johari, Cha Cha Maembong antara teraju utama serta pelakon-pelakon lain.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Di TV3

Sinopsis Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji mengisahkan tentang Abang Aji yang sudah bersara dan mula bosan apabila tidak ada apa yang boleh dilakukan. Isterinya, Cik Ja sibuk dengan kerja dan bisnes online.

Untuk membunuh kebosanan Abang Aji mula berjinak-jinak menanam sayur di tepi rumah. Abang Aji berkongsi kegembiraan di media sosial apabila melihat sayurnya mula membuahkan hasil.

Jiran yang lalu di tepi rumah selalu menyapa dan bertanya, tanam apa tu Abang Aji?. Abang Aji tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu bercucuk tanam.

Anak Abang Aji, Nina tidak peduli dengan hobi baru abahnya. Begitu juga dengan satu-satunya anak lelaki Abang Aji, Naruto. Cuma Noni, anak ke dua yang memperlihatkan minat dan kagum dengan kebolehan abahnya menanam sayur sehingga menjadi.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Kazar Saisi, Rosnah Johari, Cha Cha maembong, Amir Mirza, Jaja Iliyes, Octovia Manrose dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Kazar Saisi sebagai Abang Aji
  • Rosnah Johari sebagai Cik Ja
  • Cha Cha maembong sebagai Ika
  • Amir Mirza sebagai Naruto
  • Jaja Iliyes sebagai Nina
  • Octovia Manrose sebagai Noni

Produksi & Pengarah

Naskah yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Kolonel Bersekutu (PA) Dato' A. Aida, penulisan skrip daripada Riza Baharudin dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Telefilem Tanam Apa Itu Bang Aji akan menemui penonton pada 15 Disember 2023, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara striming di www.tonton.com.my

Info Penuh Telemovie

Tajuk : Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Pengarah : Riza Baharudin
Penerbit : Kolonel Bersekutu (PA) Dato’A. Aida 
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Di TV3

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji Di TV3

Post a Comment

1 Comments

  1. menarik. mesti ada tips bercucuk tanam yg akan dikongsikan

    ReplyDelete