Mini Siri Puteri Reunion Di TV3

Mini Siri Puteri Reunion Di TV3

Mini Siri Puteri Reunion Di TV3

Sempena Raya saksikan drama mini siri PUTERI REUNION  yang akan bersiaran bermula 3 Mei 2022, pada hari Raya Pertama pada pukul 10.30 pagi di siaran TV3 atau menerusi Tonton di www.tonton.com.my

Episod : 4
Tayangan : Mini Siri di TV3
Tarikh : 3 - 6 Mei 2022 (Selasa - Jumaat)
Waktu : 10.30 Pagi
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan & Rehal Nuharis
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Nora Danish, Kenchana Devi, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Beego, Ruhainies, Idris Khan, Aziz M. Osman dan ramai lagi

Sinopsis Drama Puteri Reunion

Drama Puteri Reunion ini mengisahkan 4 sekawan iaitu Puteri, Nadia, Kamala dan Anita yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan sebelumnya.

Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya. Namun, masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuatkan dia turut terjebak dalam kekusutan mereka.

Bukan itu sahaja, ditambah pula dengan kemunculan sepupu Puteri, Rania yang hampir membuatkan hidup Puteri semakin porak peranda!

Dalam pada itu, Roslan mahu menambat hati Puteri semula dan perlu bersaing dengan Hanif. Apakah kesudahannya, nanti di Puteri Reunion.

Mini Siri Puteri Reunion Di TV3

Mini Siri Puteri Reunion Di TV3

Post a Comment

0 Comments