Mini Siri Raya, Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Mini Siri Raya, Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Sempena Aidilfitri, saksikan sebuah mini siri drama MISI ANAK BULAN yang akan mula bersiaran pada 4 Mei 2022, hari Rabu raya ketiga pada pukul 6.00 petang di siaran TV9 atau secara online di Tonton di www.tonton.com.my

Episod : 5
Tayangan : Mini Siri di TV3
Tarikh : 4 - 8 Mei 2022 (Rabu - Ahad)
Waktu : 6.00 Petang
Pengarah : Haris Kadir
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Produksi : Cinema Stage Production

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza, Idris, Aiman Abdul, Ali Aiman, Nur Dania Miazara dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Eina Azman sebagai Wani
  • Nina Fazurina sebagai Juriah
  • Ezad Lazim sebagai Rosli
  • Syed Ali sebagai Bakar
  • Aiman Abdul sebagai Aiman

Sinopsis Drama Misi Anak Bulan

Drama Misi Anak Bulan mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman, yang terpaksa mengikuti ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung.

Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya.

Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya.

Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.


Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Post a Comment

0 Comments