Telefilem Suamiku Old School

Telefilem Suamiku Old School

Telefilem Suamiku Old School

Saksikan telefilem SUAMIKU OLD SCHOOL yang akan bersiaran pada 28 Ogos 2022, hari Ahad pada pukul 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 28 Ogos 2022 (Ahad)
Waktu : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Nurulsyahdida
Pengarah : Opie Zami
Produksi : Opy Global Pictures Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Azhan Rani, Isyariana, Rosdeen, Linda Rafar, Along Eyzendy Hannaf Sophea, Bohari Ibrahim, Rosdeen Suboh, Sillfeny, Mas Yuya, Gdin, dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azhan Rani sebagai Alif
  • Isyariana sebagai Zureen
  • Along Eyzendy sebagai Is
  • Linda Rafar sebagai Along
  • Bohari Ibrahim sebagai Ayah
  • Sillfeny sebagai Liya

Sinopsis Telefilem Suamiku Old School

Telefilem Suamiku Old School mengisahkan tentang Alif (40) dan Zureen (28), berjumpa sewaktu melawat rumah kawan mereka yang baru mendapat cahaya mata.

Sikap Alif yang tidak kekok dalam memegang bayi baru lahir telah memberi pandangan pada Zureen yang Alif adalah bapa yang sempurna. Dan Zureen, yang membantu menyiapkan makanan hidangan mereka dirasakan oleh Alif calon sesuai dibuat isteri. Hasil bantuan rakan-rakan mereka berkenalan dan seterusnya berkahwin.

Tempoh awal perkahwinan mereka yang disangka indah rupanya dilanda badai. Cara kehidupan Alif yang tinggal dengan ibu dan ayahnya sebelum ini berlainan sekali dengan Zureen yang "independent", moden dan wanita berkerjaya.

Dari perkara semudah penyediaan makanan, hinggalam perhatian pada suami hinggalah kes zuriat menjadi isu perbalahan sehari sehingga menjadi runcing di tambah dengan sikap cemburu. Masing-masing balik mengadap dan meminta nasihat daripada keluarga.

Akhirnya, mereka sedar yang kebahagiaan rumah tangga adalah atas sikap tolak ansur dalam menerima kelemahan dan kehendak masing-masing.

Telefilem Suamiku Old School Di Awesome TV

Telefilem Suamiku Old School Di Awesome TV

Post a Comment

0 Comments