Telefilem Sebalik Hati Di TV2

Telefilem Sebalik Hati Di TV2

Telefilem Sebalik Hati Di TV2

Saksikan telefilem terbaru terbitan Zamriez Golden Pictures berjudul Sebalik Hati yang akan bersiaran pada 7 Februari 2022, hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Tarikh : 7 Februari 2022 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal, Mahmud Alibashah, Nadia Kesuma, Nur Atika, Rahim Jailani dan ramai lagi.

  • Nazeera Sardi sebagai Mariam
  • Mustaqim Bahadon sebagai Jamil

Sinopsis Telefilem Sebalik Hati

Mariam seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli.Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam. Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. Jamil melantik Diana, seorang gadis cantik sebagai setiausahanya di pejabat. Harapan Mariam pada Jamil semakin pudar apabila dia diberitahu yang Jamil akan mengikat tali pertunangan dengan Nurazlina. Nurazlina juga mendesak Jamil supaya memecat Mariam. Mariam mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Jamil hanya sedar yang Mariam menaruh hati padanya apabila diberitahu oleh Diana, anak saudaranya.

Telefilem Sebalik Hati Di TV2

Telefilem Sebalik Hati Di TV2

Post a Comment

0 Comments