Telefilem Psikopat Di TV2 (Drama On 2)

Telefilem Psikopat Di TV2 (Drama On 2)

Telefilem Psikopat Di TV2

Saksikan telefilem Psikopat arahan Fairuz Loy dengan menampilkan pelakon popular seperti Aida Aris, Azhan Rani dan Kenny Ong yang akan bersiaran pada 23 Februari 2022, hari Rabu di slot Drama On 2 di RTM TV2

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Tarikh : 23 Februari 2022 (Rabu)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Fairuz Loy
Idea Asal : Emmatoyz
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Penerbit : Aida Aris
Produksi : Cinta Kasih Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Aida Aris, Janet Khoo, Azhan Rani, Nur Yasmyn Aleesyha, El Faeza Ul Haq, Kenny Ong dan ramai lagi

  • Aida Aris sebagai Marlia
  • Janet Khoo sebagai Syirin
  • Azhan Rani sebagai Amirul

Sinopsis Telefilem Psikopat

Telefilem Psikopat bermula dengan kisah Nur Syirin yang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan membunuh suaminya.

Dia cuba sedaya upaya menegakkan kebenaran membela dirinya di makhamah dengan menyatakan bahawa suaminya, Amirul ialah seorang yang menghadapi gangguan mental. Dia telah melepaskan perasaannya dengan mendera Syirin secara fizikal. Malah pada masa sama juga memukul Syirin dengan tali pinggang dan mengancamnya dengan mengacukan pisau.

Tindakan Syirin untuk mempertahankan dirinya dengan menggunakan kayu golf tanpa diduga telah mengakibatkan kematian Amirul secara tidak sengaja.

Isteri pertama Amirul bernama Marlia, seorang peguam, tidak dapat terima bahawa suaminya ialah seorang pesakit jiwa dan penyiksa wanita. Beliau ingin tahu kisah sebenarnya suaminya terbunuh.

Beliau menyiasat perkara ini dan menemui beberapa orang yang mengenali suaminya. Beliau juga telah menemui Syirin dan Ramly, rakan suaminya. Beliau terkejut mendapat tahu dari mereka bahawa beliau sendiri merupakan punca arwah suaminya mengalami gangguan mental dan tekanan jiwa.

Beliau sedar bahawa sikap dan layanan beliau pada Amirul juga telah menyebabkan beliau mencari wanita lain dan akhirnya membawa ke kematian beliau.

Begitupun masihkah ada ruang untuk Syirin membela diri sekaligus terlepas daripada tuduhan membunuh secara sengaja? Bagaimana pula situasi Marlia berdepan kenyataan dirinya merupakan penyebab suaminya menjadi psiko? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

Telefilem Psikopat Di TV2

Telefilem Psikopat Di TV2

Post a Comment

0 Comments