Telefilem Mentari Di TV3

Telefilem Mentari Di TV3

Telefilem Mentari Di TV3

Saksikan sebuah telefilem arahan Rashid Sibir berjudul Mentari yang menampilkan pelakon hebat seperti Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson pada 18 Februari 2022, hari Jumaat jam 10.00 malam di TV3

Tayangan : TV3
Tarikh : 18 Februari 2022 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Penerbit : Dato Rosyam Nor & Datin Runika
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Dato Adi Putra dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Mentari

Telefilem Mentari mengisahkan Mentari yang ingin berkahwin dengan Firash selepas meluahkan hasratnya tersebut kepada ayahnya, Dato’ Ikmal. Namun begitu ayahnya sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri.

Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu.

Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid. Dato Ikmal hampir tidak mahu dengar ingatan ibunya, mujur dia secara kebetulan bertemu Khalid, pencuci masjid yang menyimpan telefonnya yang tertinggal.

Dari situ terungkai asal usul Mentari, walaupun Mentari merajuk meninggalkan Dato Ikmal, tetapi Mentari seorang yang sangat memahami.

Telefilem Mentari Di TV3

Telefilem Mentari Di TV3

Post a Comment

0 Comments