Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2 (Drama On 2)

Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2 (Drama On 2)

Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2

Saksikan telefilem Dendam Tapi Cinta yang diulang siar untuk tontonan ramai dengan menampilkan gandingan Ungku Ismail dan Azar Azmi sebagai pelakon utama yang akan bersiaran pada 8 Februari 2022, hari Selasa jam 9.00 malam di TV2

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Ahmad Hashim @ MADJOHN
Penulis Skrip : Yati Chung
Produksi : Paper Screen Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Ungku Ismail, Azar Azmi, Tash Yong, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Redza Hasbi, Syafiq Sahli, Mia Aynor, Lash Mokhtar dan ramai lagi.

  • Ungku Ismail sebagai Faiz
  • Azar Azmi sebagai Nadia
  • Mustaqim Bahadon sebagai Haziq
  • Tash Yong sebagai Lisa

Sinopsis Telefilem Dendam Tapi Cinta

Faiz abang Lisa tidak dapat menerima kematian adiknya dan bertekad untuk membalas dendam keatas Haziq. Faiz berpura-pura berkawan baik dengan Haziq . Haziq mempunyai seorang adik bernama Nadia yang baru habis belajar. Faiz telah jatuh hati dan mula memikat Nadia.

Faiz mengambil keputusan untuk berkahwin. Faiz mula berubah dan tidak melayan Nadia dengan baik. Faiz buntu kerana dia amat sayangkan Nadia tetapi kematian adiknya belum terbela. Nadia telah jatuh dari tangga dan cedera teruk di kepala. Selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di otak, Nadia hilang ingatan. Faiz runsing memikirkan keadaan isterinya Nadia kerana dia amat menyayanginya.

Telefilem Dendam Tapi Cinta Di TV2

Post a Comment

0 Comments