Telefilem Final Wish Di TV2

Telefilem Final Wish Di TV2

Telefilem Final Wish Di TV2

Sempena Hari Raya Cina, saksikan telefilem khas yang dibawah oleh RTM berjudul Final Wish yang menampilkan gandingan pelakon pelbagai kaum iaitu Kenji Sawahit, Farid Amirul dan Ramasundran.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Tarikh : 31 Januari 2022 (Isnin)
Waktu : 9.00 PM
Pengarah : Dato’ T.S Jeffrey
Penulis Skrip : Adza Emie
Produksi : Pentas Wayang Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Kenji Sawahit, Farid Amirul, Ramasundran, Azzahra, Kogila, Huiby Ngan, Kingsley Lee dan ramai lagi

  • Kenji Sawahit sebagai Chong
  • Farid Amirul sebagai Ali
  • Ramasundran sebagai Muthu

Sinopsis Telefilem Final Wish

Chong dimasukkan ke Hospital kerana kanser tahap 4. Di dalam wad dia ditempatkan sebilik dengan Ali dan Muthu yang masing-masing menghidapi kanser. Hubungan mereka mulanya tidak begitu baik. Ada saja pergaduhan kecil yang berlaku antara mereka.

Namun, pada satu malam apabila Ali dan Muthu mendengar tangisan Chong, hati mereka sebak dan mula berkawan dengan Chong. Barulah mereka tahu bahawa Chong sebatang kara. Chong teringin sekali untuk menyambut Tahun Baharu Cina buat kali terakhir, lalu mengajak Ali dan Muthu untuk sambut bersama. Ali dan Muthu setuju.

Tapi...bagaimana mereka nak keluar dari hospital?

Telefilem Final Wish Di TV2

Telefilem Final Wish Di TV2

Post a Comment

0 Comments